Zulkhairi Zainol Abidin

KUANTAN – Sebanyak 52 Petubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan 12 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Pahang sudah kembali beroperasi seperti biasa.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkahari Zainor Abidin berkata, kedua-dua institusi kelolaan JKM itu sudah mula beroperasi sejajar dengan perlaksanaan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri itu.

Justeru, katanya, perkhidmatan sokongan kepada golongan pelatih PDK dan kehadiran warga emas di PAWE dibenarkan bermula 8 Oktober lalu  sepenuhnya.

“Bermula dengan perlaksanaan PPN Fasa 4 di Pahang membolehkan PDK menerima kehadiran pelatih orang kurang upaya di kesemua PPDK.

“Selain itu, para petugas dan klien warga emas juga boleh berkunjung ke PAWE bagi melakukan aktiviti seperti biasa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette di Ibu Pejabat JKM Pahang di Jalan Tanah Putih di sini hari ini.

Bagaimanapun tambah Zulkhari, kesemua pelatih dan petugas dikhendaki lengkap dos vaksinasi beserta tempoh matang 14 hari.

“Mereka hanya boleh hadir jika lengkap divaksin dan petugas hendaklah memastikan aktiviti sentiasa di bawah pemantauan dan pematuhi SOP bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

“Manakala bagi pelatih yang belum menerima lengkap dua dos vaksin perlu menerima pembelajaran di rumah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast