Gambar Hiasan. Foto SYAFIQ AMBAK, 13 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Bukannya panik, tetapi kerana air merupakan keperluan utama maka majoriti penduduk di ibu kota yang berhadapan dengan masalah gangguan bekalan untuk beberapa hari telah membuat persediaan awal.

Sebagai contoh, peniaga Syaiful Ariffin, 25, membuat persediaan menyimpan air sejak 10 hari yang lalu.

Peniaga, Syaiful Ariffin, 25 tahun bercakapa kepada media ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Wahyu Gombak, Selangor. Foto FARHAN MAHAMAD, 13 OKTOBER 2021.

“Macam saya sebagai peniaga sedia siap-siap, 10 hari sebelum itu sediakan air dalam tong-tong. Selepas dengar berita, saya terus buat perancangan bila nak tadah air, beli tong semua.

“Sebab saya peniaga apatah lagi penjual air memang perlukan air banyak,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Begitu juga suri rumah, Norasmah Ishak yang memerlukan air lebih banyak kerana mengurus seorang anak yang Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Persiapan tadah air memang awal sebab anak saya ramai, jadi memang sudah sedia tong-tong air, sudah asingkan, untuk minum yang mana. Untuk mandian yang mana semua sudah sedia sampai malam tadi tadah.

Suri rumah, Norasmah Ishak, 56 tahun bercakapa kepada media ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Wahyu Gombak, Selangor. Foto FARHAN MAHAMAD, 13 OKTOBER 2021.

“Sampai hari ini air dari paip masih ada lagi jadi anak-anak masih selesa lagi. Anak ada empat orang seorang OKU semua perempuan, jadi tahulah perempuan ada masalah sendiri perlu air lebih banyak,” kata wanita berusia 56 tahun itu yang juga merupakan ibu kepada empat orang anak perempuan.

Walaupun sehingga kini air masih ada di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, di sini, namun Ravichandran a/l Katun, 56, menjangkakan bekalan akan bertahan sehingga dua hari sahaja.

Justeru itu, beliau telah mula menyimpan air sejak dua hari lalu selain berjimat cermat menggunanya.

Ravichandran a/l Katun, 56 tahun bercakap kepada media ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Wahyu Gombak, Selangor. Foto FARHAN MAHAMAD, 13 OKTOBER 2021.

“Kita sudah simpan air sejak dua hari lepas, kita ada tangki di sini sebab itu masih ada sampai sekarang. Mungkin sampai petang esok dah habis tangki PPR ini.

“Di rumah saya pun simpanan boleh sampai dua hari. Buat masa ini perlu jimat air, jangan pakai habis,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi suri rumah, Suriani Azira Syahril, 35, berkata, beliau juga menggunakan pendekatan ‘sediakan payung sebelum hujan’ terutama untuk kegunaan air yang terdesak.

“Sehingga hari ini air simpanan masih ada lagi, tapi yang penting kita kena sediakan payung sebelum hujan setakat ini untuk kegunaan ambil wudhu ada lagi.

Suri ramah, Suriani Azira Syahril, 35 tahun bercakap kepada media ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette diTaman Wahyu Gombak, Selangor. Foto FARHAN MAHAMAD, 13 OKTOBER 2021.

“Sepatutnya memang kawasan ini terjejas tapi sehingga kini masih ada air lagi, kalau esok sudah tiada air dari tangki kita guna dulu yang simpanan kalau habis belilah air botol.

“Bagi saya biar tidak ada elektrik jangan tidak ada air,” tambahnya.

Bermula hari ini, penduduk di 998 kawasan sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air.

Antara daerah terbabit ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Gangguan bekalan air yang bermula jam 9 pagi berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) selama 14 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam, 13 Oktober ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast