Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengingatkan menteri, timbalan menteri dan Ahli Dewan Negara yang mengikuti perbahasan supaya mengutamakan percakapan dalam bahasa Kebangsaan.

Beliau membuat teguran itu selepas mendengar jawapan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar Ramanaidu yang menyebut perkataan ‘homestay’.

“YB, ada istilah Melayu perkataan bagi homestay itu, apa ya? tanya Rais.

Jawab Dr. Santhara, “inap desa Yang di-Pertua”.

Dr. Rais kemudian menjawab, “tak ada sekali pun YB sebut inap desa… saya bukan apa YB, inilah sebabnya bahasa kebangsaan kita luntur.

“Ada istilah dalam bahasa Kebangsaan, kita tak pakai. Dalam hal ini saya memohon supaya kita sama-sama mengingatkan kembali (menggunakan bahasa Kebangsaan).

Terdahulu dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan, timbalan menteri itu menyatakan, pada masa ini terdapat seramai 3,060 pengusaha yang berdaftar bagi program pengalaman homestay di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, kementerian tidak dapat nafikan mereka kehilangan peluang menjana pendapatan melalui aktiviti itu akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini kerana aktiviti homestay sememangnya bergantung penuh kepada kehadiran pelancong.

“Namun, pendapatan dari aktiviti homestay ini merupakan pendapatan sekunder atau pendapatan tambahan kepada pengusaha berkenaan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here