- Seramai 36 orang korban akibat jangkitan Covid-19 setakat semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 68 kematian akibat jangkitan Covid-19  yang direkodkan setakat semalam.

Berdasarkan informasi terkini yang dipaparkan di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 12 meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kini sudah mencecah 27, 593.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian terbaharu dengan 16 orang manakala Johor (9) diikuti Perak (8), Kelantan (6), Sabah (6) dan Terengganu (4).

Lima buah negeri merekodkan tiga kematian iaitu Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor (3).

Kedah dan Negeri sembilan masing-masing dua kes kematian.

Selain itu, tiada kematian baru akibat Covid-19 dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Dalam pada itu, laman sesawang itu turut melaporkan sebanyak 2,950 kes aktif setakat semalam.- MalaysiaGazette