Tiga sahabat berdepan pelbagai liku hidup sebelum bertemu dan berkongsi minat yang sama iaitu dalam cabang perniagaan.

KUALA LUMPUR – Pandemik Covid-19 melanda dunia sejak lebih setahun lalu telah meragut kebahagiaan ramai insan malah memburukkan keadaan ada yang terputus rezeki dan  hilang pekerjaan.

Bagaimanapun, di sebalik ujian besar itu, tersimpan hikmah berharga apabila ada yang bangkit meneruskan kelangsungan hidup sekali gus jadi kuat menolak ketepi pergelutan hidup.

Kisah yang menjadi inspirasi apabila tiga lelaki, Mohd Hafizi Haris, Rahmatullah Samshuddin dan Khairul Abror Rodzay yang  berganding bahu memajukan jenama produk baharu berpangkalan di Jitra, Kedah.

Mohd. Hafizi bersama dua rakannya itu bersahabat baik sejak setahun lalu selepas masing masing berdepan pelbagai liku hidup sebelum akhirnya bertemu dan berkongsi minat yang sama iaitu dalam cabang perniagaan.

Namun siapa sangka kemunculan produk makanan tambahan, Darra White keluaran Nuraz Naila Trading di pasaran sekitar lima bulan lalu umpama ‘penyelamat’ dan pembuka pintu rezeki kepada mereka.

Malah mereka bertiga kini menjadi pengasas bersama selepas pemilik rangkaian produk itu yakin dengan usaha gigih memasarkan produk organik serta kaya vitamin C dan E itu kepada ramai orang.

“Ikutkan selok belok berniaga ini saya minat sudah lama. Cuma biasalah ada kala nasib dan rezeki tak menyebelahi saya. Saya pernah meniaga air jus di tepi jalan sekitar hujung tahun 2016 selepas berhenti kerja di sebuah kolej swasta di Perlis.

“Jualan air pada awalnya agak memberangsangkan. Namun lama kelamaan jualan merudum. Hutang pun makin bertambah. Malah saya mula mencari peluang lain untuk menambah pendapatan,” kata Mohd Hafizi.

Dia berkata, selepas enam bulan bekerja keras dengan jenama itu, pendapatan dapat dijanakan tanpa disangka dan terus melonjak naik hari demi hari.

Jelasnya, ia sekaligus berjaya mengubah kehidupannya dan mampu memperolehi pendapatan hampir enam angka dalam tempoh sebulan.

“Setakat ini sudah 300 lebih agen berjaya direkrut. Jadi kami mahu buka peluang ini kepada yang lain untuk sama sama turut serta,” kata bapa seorang cahaya mata berusia tujuh tahun itu.

Pandemik Covid-19 telah mengubah Mohd Hafizi Haris, Rahmatullah Samshuddin dan Khairul Abror Rodzay.

Sementara itu, bagi Khairul Abror pula sebelum ini pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Syariah Perundangan di Mesir selama empat tahun.

Kata lelaki yang berasal dari Pokok Sena, Kedah, dia mula berniaga dan meminati cabang berkenaan sejak zaman belajar lagi.

“Saya tak menyesali membuat pilihan untuk teruskan berniaga dan berhenti belajar pada tahun keempat belajar di Mesir.

“Saya nekad berhenti belajar untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa. Bahkan saya pernah cuba pelbagai cabang perniagaan, tapi ada yang kurang menjadi. Pernah juga sesekali terlintas untuk mengalah,” katanya.

Khairul Abror memberitahu, ketika mendapat semangat baru apabila taraf kehidupan mula beruba, mereka tidak tamak dengan nikmat itu.

“Sebaliknya kami mewujudkan ramai peniaga yang mampu untuk memegang angka pendapatan dari puluhan hingga ke ribuan ringgit setiap bulan.

“Dan paling penting bebas masalah kewangan. Kami juga mahu bantu peniaga lain dari putus asa dalam berniaga,” katanya.

Bagi seorang lagi pengasas, Rahmatullah Samahuddin, dia merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang beralih angin ke dunia niaga.

“Selepas tamat pengajian, saya mula bekerja di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2010 sebagai juruteknik. Malah saya pernah beberapa kali bertukar tempat kerja. Saya merantau dan bekerja di KL hampir sembilan tahun.

“Selama tempoh itu juga saya boros dan tak menyimpan duit. Tahun lalu, dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19, masalah kewangan saya menjadi kritikal. Malah majikan turut memotong separuh gaji kerana keadaan memaksa,” katanya yang berasal dari Gurun, Kedah.

Rahmatullah sekali lagi membuat keputusan besar dalam hidupnya untuk berhenti kerja tetap dan mencuba nasib dalam perniagaan.

“Macam macam kerja berniaga saya cuba. Tapi perkenalan dengan Darra White mengubah takdir hidup saya.

“Dengan hanya bermodalkan wang baki hasil pekerjaan terdahulu, saya mengorak langkah dengan bermula sebagai agen. Hasil kerja keras dan usaha yang tidak pernah putus asa kini saya berjaya menjana pendapatan enam angka.

“Sasaran akhir tahun ini hendak melahirkan 50 usahawan baharu di bawah saya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast