Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga individu termasuk seorang eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hari ini kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dalam urusan projek di syarikat GLC tersebut.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap aduan berhubung dakwaan penyelewengan dana di bawah agensi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga telah menerima laporan yang dibuat oleh Pengerusi Pemuda Gen Z berhubung perkara sama di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, hari ini.

“Sehubungan itu, SPRM akan meneliti dan mengkaji laporan yang dikemukakan tersebut (dakwaan penyelewengan dana MITRA),” kata kenyataan itu lagi.

ARTIKEL BERKIATAN: 

Menurut SPRM, siasatan menyeluruh akan dibuat dengan melihat pelbagai sudut termasuk proses kelulusan dan perbelanjaan oleh persatuan, individu atau syarikat yang menerima dana terbabit bagi mengesan sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan,” tegasnya.

Minggu lalu di Dewan Rakyat, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamad Sadique dengan tenang mengendalikan sekurang-kurangnya tujuh ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan cara pengagihan peruntukan MITRA.

Bagaimanapun, beliau memberi penjelasan semua permasalahan yang dibangkitkan oleh pemimpin yang mewakili masyarakat India itu akan diselesaikan secara muafakat.

Beliau juga menyatakan kesediaannya memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung isu yang tular berkaitan geran kewangan MITRA. -MalaysiaGazette