Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 89 kematian yang diakibatkan oleh jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, 19 daripadanya merupakan kes yang meninggal sebelum dibawa ke hospital.

Jumlah terkini ini menjadikan keseluruhan kematian dalam negara sebanyak 27,770 orang.

Sarawak negeri yang mencatatkan jumlah kematian baharu tertinggi iaitu 15 orang.

Diikuti Kelantan (14), Perak (13), Pulau Pinang (9), Pahang (8), Selangor (7), Johor (6), Sabah (5), Kuala Lumpur (4), Kedah (3) , Perlis (3) dan Negeri Sembilan (2).

Manakala empat negeri tidak mencatatkan kematian terbaharu iaitu Melaka, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, laman sesawang itu turut melaporkan 4,082
kes aktif sehingga semalam.-MalaysiaGazette