M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Pandora Papers seperti yang telah dibangkitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Langkah itu menyusul selepas Ketua Pembangkang dan Presiden PKR itu telah mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat berkenaan perkara itu baru-baru ini.

“Sehubungan itu, SPRM juga meminta Datuk Seri Anwar untuk memberi kerjasama sekiranya beliau mempunyai maklumat lanjut tentang isu tersebut,” kata agensi antirasuah itu dalam satu kenyataan malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan hari ini mengesahkan, Polis Diraja Malaysia telah menerima empat laporan polis terhadap isu Pandora Papers itu mengenai dakwaan wang Malaysia ke luar negara sacara haram.

“Manakala PDRM telah pun membuka kertas siasatan bagi dua lagi laporan polis dan menjalankan rakaman percakapan pengadu yang membuat laporan polis mendesak siasatan dalam kes ini,” ujar Abd Jalil.

Terdahulu, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini juga mempertikaikan SPRM yang didakwanya tidak mahu menjalankan siasatan dalam kes Pandora Papers.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan tidak ganggu siasatan Kertas Pandora – Ismail Sabri