Penularan grafik memburuk-burukkan Perdana Menteri dibidas Ketua Penerangan UMNO.

KUALA LUMPUR – Penularan grafik memburuk-burukkan Perdana Menteri dibidas Ketua Penerangan UMNO.

Shahril Hamdan merujuk kepada grafik yang mendakwa ‘100 Hari Perdana Menteri: Kad laporan KPI Ahmad Maslan dibebaskan daripada pendakwaan, Rosmah dapat balik pasport untuk melancong ke Singapura dan Zahid dibenarkan untuk terbang ke Jerman dan kini Najib memohon untuk diberi semula pasportnya.’

Menurutnya, penggunaan grafik sedemikian adalah tindakan pihak yang tidak ada modal untuk memburukkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO.

“Ini keputusan mahkamah. Tidak ada campur tangan daripada mana-mana pihak khususnya dalam hal membabitkan perundangan,” katanya kepada UMNO Online hari ini.

Jelas Shahril, mana-mana pihak tidak sewajarnya menjulang perkara yang menjadi minat mereka sedangkan hal-hal lain diketepikan.

“Kita tidak boleh angkat apabila perkara yang minat kita julang, apabila perkara yang tak minat kita mengata.”

Beliau turut menjelaskan bahawa kes Datuk Seri Ahmad Maslan telah bertindak melawan pendakwaan terhadapnya pada 2019 adalah disebabkan kompaun yang terlalu tinggi iaitu sebanyak 50 kali ganda oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Beliau sanggup melawan keputusan tersebut di mahkamah. Namun apabila jumlah kompaun berbalik kepada asal maka ia dipersetujui.

“Berkenaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula, beliau dibenarkan ke Jerman bagi mendapatkan rawatan sementara Datin Seri Rosmah Mansor pula adalah untuk menemani anak mereka Nooryana Najwa yang dijadual bersalin tidak lama lagi,” katanya.- MalaysiaGazette