Pengerusi Suruhanjya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh hadir pada sidang media urusan Pilihan Raya Umum DUN Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 OKTOBER 2021

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggalakkan agar rakyat Melaka yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 untuk mengundi.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, sejumlah daripada 495,196 pemilih yang belum mendapatkan vaksin penuh masih mempunyai masa untuk mereka berbuat demikian.

“Semua layak mengundi tapi sudah tentu kita menggalakkan mereka yang sudah lengkap divaksin dan mereka yang masih belum lengkap divaksin pergilah dapatkan vaksin.

“Masih ada masa lagi, jadi kita merayu kepada semua pengundi ini amiblkan vaksin sebelum hari mengundi,” katanya dalam sidang media pengumuman tarikh PRN Melaka hari ini.

SPR hari ini mengumumkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditetapkan pada 20 November depan dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November manalaka tarikh undian awal adalah pada 16 November.

Badan itu juga berkata, sebanyak 28 pusat penamaan calon dan 28 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan.

Manakala 217 pusat mengundi membabitkan 1,109 tempat mengundi (saluran) mengundi dan 31 pusat mengundi awal.

Ia membabitkan seramai 12,290 petugas yang akan dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya berkenaan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 5 Okt selepas empat ADUN termasuk bekas Ketua Menteri, Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali yang menyebabkan kerajaan negeri pimpinannya hilang sokongan majoriti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast