- Seramai 36 orang korban akibat jangkitan Covid-19 setakat semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 72 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah korban terkumpul  seramai 27,993 pesakit kesemuanya.

Berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Github  memaklumkan daripada jumlah itu sebanyak sembilan pesakit meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di hospital.

Ketika ini, negeri Johor telah mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak 18 kes atau 25.0 peratus daripada kematian dilaporkan.

Selain itu, antara kes kematian lain mengikut negeri termasuk di Sarawak (13), Kedah (9), Pulau Pinang (7), Sabah (5), Kelantan (4), Perak (3), Terengganu (3), Kuala Lumpur (3), Melaka (2) , Pahang (2), Selangor (2) dan Perlis (1).

Manakala tidak ada kematian dilaporkan semalam di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya. 

Purata 164 kematian akibat Covid-19 dilaporkan berlaku setiap hari dalam 30 hari berbanding purata tujuh hari sebanyak 82 kematian sebelum ini.

Setakat ini, sebanyak 1,785 kematian dilaporkan bulan ini manakala 9,680 kematian pada bulan September, 7,642 pada bulan Ogos, 3,858 pada bulan Julai dan 2,380 pada bulan Jun.

Terdapat 89,173 kes Covid-19 yang masih aktif dan ia adalah pengurangan 20.6 peratus daripada 112,379 jangkitan aktif seminggu  lalu.

KKM juga melaporkan jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 59.3 peratus daripada 219,360 kes sejak 30 hari lepas.

KKM selepas tengah malam tadi juga mengeluarkan butiran terperinci mengenai kes baharu Covid-19 semalam.

Untuk makluman sebelum ini hanya mengeluarkan statistik kematian bersama jumlah kes Covid-19 pada sebelah petang.

Bagaimanapun kaedah itu telah diubah apabila statistik kematian dikeluarkan selepas tengah malam bersama data lain yang lebih terperinci. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19 catat 5,745 kes positif hari ini