Hakim Mahkamah Rayuan  di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Hakim Mahkamah Rayuan  di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang.

Mohamad Shakir, 55, merupakan anak kelahiran Padang Menora, Tasek Gelugor itu membawa pulang trofi, wang tunai RM5,000, sijil dan hadiah iringan.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan secara maya menerusi aplikasi Zoom.

Ahmad Fuzi dalam ucapannya menyeru umat Islam di negeri ini menghayati moto sambutan Maulidur Rasul pada kali ini iaitu ‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti’ walaupun ia diraikan tanpa acara perarakan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Amran Hazali. – MalaysiaGazette