Lebih 500 buah rumah kediaman mengalami kerosakan berikutan gempa bumi sederhana berukuran 4.8 skala Richter yang melanda Bali pada Sabtu lalu.-Pix agensi

BALI – Lebih 500 buah rumah kediaman mengalami kerosakan berikutan gempa bumi sederhana berukuran 4.8 skala Richter yang melanda Bali pada Sabtu lalu.

Malah daripada angka itu lebih 260 buah rumah pula mengalami kemusnahan teruk sekaligus penghuninya hilang tempat berteduh.

Agensi melaporkan, angka itu diperoleh selepas pihak berkuasa Indonesia melakukan pemeriksaan secara menyeluruh dari satu rumah ke rumah sehingga semalam.

Menurut Ketua Pelaksana Badan Pencegahan Bencana Daerah Bali, Made Rentin, selain rumah kediaman, infrastuktur lain seperti rumah beribadat serta pejabat desa, klinik kesihatan dan juga sekolah mengalami kerosakan teruk.

“Lebih 300 buah rumah tidak mengalami kerosakan teruk tetapi ada juga rumah beribadat termasuklah candi bersejarah mengalami teruk,” ujarnya.

Gempa bumi yang berlaku kira-kira lapan kilometer ke barat laut Karangasem itu menyebabkan tiga orang maut dan 83 yang lain cedera. – Agensi