Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 9,401 kes sembuh Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu sekaligus menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,297,289, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 669 kes, yang  mana 572 kes disahkan Covid-19, 97 kes disyaki, kemungkinan dan bakinya kes dalam siasatan.

Jelas beliau, sebanyak 333 kes jangkitan memerlukan bantuan pernafasan dengan 241 kes disahkan Covid-19; 92 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Daripada 5,516 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 102 kes atau 1.8 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala 5,414 kes atau 98.2 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham menambah, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan empat kluster baharu, menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 614 kluster.

Terdapat tiga kluster tempat kerja di Selangor dan Pulau Pinang yang melibatkan 90 kes.

Menurutnya, satu lagi kluster membabitkan pendidikan lain dengan tujuh kes dicatatkan. – MalaysiaGazette