Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) sepatutnya bertanya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Polis Diraja Malaysia mengapa masih gagal membawa balik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil.

Kenyataan itu dibuat oleh Datuk Mohd Puad Zakarshi selepas C4 mempersoalkan bagaimana kerajaan akan memastikan Datuk Seri Najib Razak tidak akan melarikan diri selepas mendapat pasportnya semula untuk Singapura.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, kalau Sajat boleh dicari dan mengapa Jho Low dan Nik Faisal tidak boleh.

Bidasnya, kalau Najib mahu lari, sudah lama beliau melakukannya.

Ini kerana banyak jalan tikus seperti mana yang dibuat oleh Sajat.

Malah, katanya, Najib juga boleh memohon suaka politik jika beliau mahu.

”Tetapi Najib dan Rosmah pilih turun naik Mahkamah lawan pulohan tuduhan selektif. Pusat C4 jangan retorik. Bongkar Pandora Papers dan kenapa CEO LHDN letak jawatan,” ujarnya.

Artikel berkaitan:Mahkamah pulangkan sementara pasport Najib

Mahkamah kembalikan pasport Rosmah buat sementara

Semalam, C4 dalam kenyataannya membidas kerajaan setelah Najib Razak dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara walaupun terdapat sabitan rasuah dan perbicaraan jenayah yang sedang berjalan terhadapnya.

Badan bukan kerajaan itu menggesa Putrajaya menjelaskan alasan tidak menolak permohonan dokumen perjalanan bekas perdana menteri itu.

Ia juga mempersoalkan bagaimana kerajaan akan memastikan Najib tidak akan melarikan diri.

”Malaysia tidak boleh memberi peluang kepada Najib untuk melepaskan diri setelah didakwa dengan banyak tuduhan pengubahan wang haram dan rasuah dalam isu kewangan yang begitu besar.

“Kami bertanya lagi apakah langkah-langkah yang ada untuk memastikan dia tidak melarikan diri,” katanya.- MalaysiaGazette