TAWAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada jambatan ke dalam Sungai Tawau di Kampung Jawa Lanut di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan memaklumkan  pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 2.45 petang tadi.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Alif Amuddin dengan menyusuri sungai pada jarak dua kilometer radius pencarian dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Turut bersama dalam operasi mencari itu ialah pasukan polis serta penduduk kampung,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan setakat petang ini kanak-kanak berkenaan belum ditemukan manakala operasi SAR ditangguh pada 6.05 petang tadi dan akan bersambung esok. – Bernama

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast