Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh di sebuah kolam berhampiran Taman Bukit Saga, Mantin, dekat sini lewat malam tadi.- Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar dekat sini petang semalam, ditemukan lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Hafisham Mohd Noor dalam kenyataan berkata, mayat mangsa yang dilaporkan terjatuh pada pukul 2.42 petang itu ditemukan sembilan jam selepas itu iaitu pada 11.45 malam tadi.

“Mayat mangsa ditemukan pada kedalaman dua meter itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar, petang semalam. – Bernama