Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas sidang media khas di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kerjasama yang dibina antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah antara dua parti yang salah.

Menurut beliau, kerjasama itu terbukti tidak bertahan lama seperti yang berlaku kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini adalah pakatan antara orang-orang yang salah, dia takkan tahan lama.

“UMNO sudah jatuhkan Bersatu, Muhyiddin juga dijatuhkan, jadi sekarang kita nak tengok apa lagi yang UMNO nak jatuhkan. Jangan UMNO pula yang jatuh merudum,” katanya dalam sidang media di Yayasan Al Bukhary, hari ini.

Bekas Perdana Menteri  itu mengulas pertanyaan mengenai kerjasama antara UMNO dan Bersatu yang akhirnya terlerai ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ia semakin jelas diperlihatkan apabila UMNO – Barisan Nasional (BN) kemingkinan besar memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

PRN julung kali diadakan di Melaka itu dijangka sengit di kebanyakan kerusi DUN akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon daripada UMNO-BN, PN dan PH.

Jangkaan itu adalah berikutan pendirian yang diambil ketiga-tiga parti berkenaan yang berhasrat untuk bertanding di kesemua 28 kerusi DUN selain kegagalan mencapai kata sepakat antara BN dan PN. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kah kah kah…skrg ni ko yg dah jatuh merundum..padan lah muka ko..PH pun tak nak ko..PN pun reject ko..rakyat pun makin benci dgn perangai ko kaki fitnah dan kaki penipu

Comments are closed.