Ole Giunnar Solksjaer. Foto The Mirror.

LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer akan diberi peluang terakhir membukti sesuatu sehingga perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada hujung minggu ini, lapor ESPN.

Laporan itu berkata, tiada langkah tergesa-gesa untuk menggantikan pengendali dari Norway itu dengan salah seorang kakitangan belakang tabir sehingga temuduga jawatan pengurus tetap diadakan.

“Senario yang dirancang oleh lembaga pengarah ialah menuntut kemenangan dalam tiga perlawanan seterusnya di bawah bimbingan Ole.
“Sekiranya tewas salah satu perlawanan dan tiada perubahan, keputusan akan segera diambil mengikut keperluan semasa.
“Beberapa individu senior di kelab ingin sedikit masa untuk menentukan masa depan Solksjaer sebelum apa-apa keputusan diumumkan,” lapor editor kanan ESPN, Mark Odgen.
Ole turut dilihat menghadirkan diri dalam perbincangan bersama Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward dan bakal penggantinya, Richard Arnold semalam.
Nasibnya kemungkinan ditentukan selepas pertemuan Atalanta, Tottenham Hotspur dan Man City yang menjadi ujian untuk kekal di Old Trafford.
Namun, bekas pengendali Real Madirid, Zinedine Zidane dikatakan tidak menunjukkan minat ke United walaupun mempunyai peluang berbuat sedemikian. – MalaysiaGazette