Rexy Mainaky.

KUALA LUMPUR – Bekas juara Sukan Olimpik dan dunia, Rexy Mainaky bakal kembali ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

BAM dalam satu kenyataan berkata, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 1996 itu akan berganding dengan Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, kehadiran Rexy yang tamat kontrak bersama Persatuan Badminton Thailand (BAT) hujung bulan ini diharap dapat menambahkan lagi input teknikal untuk bahagian prestasi utama dan ditugaskan khas buat skuad beregu kebangsaan.

Jelas beliau, juara dunia 1993, 1995 dan 1997 berusia 53 tahun itu akan melapor diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, pada 1 Disember ini.

“BAM berbesar hati kerana Rexy akan menyertai barisan kejurulatihan kita. Pelantikan ini amat penting untuk mengukuhkan lagi perkembangan yang dilakar BAM dalam misi memburu kejayaan demi kejayaan.

“Rexy adalah jurulatih yang sangat bagus dan berpengalaman dengan rekod mengagumkan. Beliau akan diberikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menghidupkan dan memotivasi beregu muda kita dengan secara merta.

“Ini adalah usaha kita membina masa depan lebih kukuh bagi badminton Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast