Wednesday, December 1, 2021
Home Seni Hidup Pencipta lagu Antara Anyer dan Jakarta meninggal dunia

Pencipta lagu Antara Anyer dan Jakarta meninggal dunia

Oddie Agam.
KUALA LUMPUR – Pencipta lagu Antara Anyer dan Jakarta yang dipopularkan Datuk Sheila Majid, Oddie Agam meninggal dunia hari ini pada usia 68 tahun.
Allahyarham Oddie menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Persahabatan di Jakarta, Indonesia akibat kegagalan buah pinggang.
Pada 2017, Oddie atau nama sebenarnya, Imran Madjid pernah diserang angin ahmar.
Menurut laporan CNN Indonesia, berita pemergian Oddie disahkan rakannya, Stanley Tulung di akaun media sosialnya.
“Innalillahi wainnailaihi rojiun. Selamat jalan Bang Oddie Agam yang berpulang 27 Oktober 2021 jam 11.00. Semoga tenang di sana,” tulis Stanley.
Allahyarham Oddie yang mula melibatkan diri secara profesional dalam industri muzik Indonesia pada 1984 memahat nama sebagai antara karyawan muzik disegani.
Selain Antara Anyer dan Jakarta, Oddie turut mencipta lagu Aku Cinta PadamuTua Sebelum Waktu dan Begitulah Cinta yang berjaya membawa nama Sheila menjadi gemilang di Indonesia. – MalaysiaGazette