Van de Beek. Foto Goal.com

LONDON – Pemain tengah, Donny van de Beek yang semakin terdesak untuk mendapatkan minit permainan bersama Manchester United telah mengambil keputusan drastik dengan menukar ejennya.

Menurut laporan Voetball International, pemain tengah berusia 24 tahun itu telah meninggalkan Guido Albers.

Pemain antarabangsa Belanda itu akan bekerjama dengan Ali Dursun yang merupakan ejen kepada Frenkie De Jong, Voctor Lindelof, Emil Forsberg dan ramai lagi.

Perkembangan terbaharu itu mungkin ada kaitan dengan usaha van de Beek untuk meninggalkan United selepas dia hanya diberikan peluang beraksi selama enam minit sahaja dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Van de Beek dilaporkan mahu mengangkat kaki untuk meninggalkan The Red Devils pada jendela perpindahan Januari ini walaupun memiliki kontrak sehingga pertengahan tahun 2025.

Media sebelum ini berkata, beberapa kelab gergasi Eropah seperti Real Madird, Barcelona dan Juventus berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Aksi cemerlang Van de Beek yang  ditampilkan ketika menyarung jersi Ajax telah menarik minat United pada Ogos 2020 tetapi ia kelihatan tidak seperti yang dirancang apabila dia hanya banyak memanaskan bangku simpanan.

Memasuki musim keduanya di Old Trafford, Donny van de Beek hanya membuat 39 penampilan dalam semua pertandingan yang disertai dan menjaringkan satu gol serta mencipta dua bantuan jaringan.

Pada jendela perpindahan musim panas lalu, dia hampir menyertai Everton tetapi Ole Gunnar Solskjaer berjaya meyakinkannya untuk terus bertahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast