KUALA LUMPUR – Skuad bawah 22 (B-22) tahun negara kini hanya selangkah layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 selpeas menewaskan Mongolia 1-0 dalam kempen kelayakan Kumpulan J hari ini.
Kemenangan tu menyaksikan skuad negara kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul enam mata dan akan berdepan Thailand pada aksi terakhir, Ahad ini.
Malah, skuad kendalian Brad Maloney boleh mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan tahun depan lebih awal sekiranya aksi Laos dan Thailand, petang ini berkesudahan seri.
Lima minit sebelum rehat, gol yang dicari skuad negara akhirnya hadir menerusi Azfar Fikri Azhar yang menanduk masuk bola yang berpunca daripada sepakan sudut kapten pasukan, Mukhairi Ajmal Mahadi. – MalaysiaGazette