Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Krisis kesihatan Covid-19 mendedahkan kesan kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing, penggunaan teknologi yang rendah dalam sektor pembinaan dan kebergantungan tinggi terhadap ketibaan pelancong.

Tinjauan ekonomi Kementerian Kewangan menujukkan terdapat keperluan untuk mempunyai dasar pasaran buruh yang dinamik bagi menyelesaikan isu ketidakseimbangan pada peringkat industri.

Katanya, pekerja yang telah diberhentikan daripada industri yang terjejas seperti hospitaliti dan runcit perlu dipindahkan kepada industri yang mengalami peningkatan permintaan buruh.

Dalam jangka masa pendek, industri penting seperti kesihatan, pertanian dan pembuatan berasaskan makanan dijangka mengalami kekurangan pekerja akibat peningkatan permintaan.

Dalam masa yang sama, bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, industri perlu beralih kepada teknologi tinggi dan tenaga buruh berkemahiran tinggi.

Sektor yang terkesan katanya, perlu melabur dalam inisiatif peningkatan kemahiran dan latihan semula untuk meningkatkan produktiviti pekerja dan prestasi sektor berikutan kemahiran dan kepakaran diperlukan bagi penggunaan dan aplikasi teknologi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast