The 64-year-old murder suspect was tested positive of Covid-19 yesterday at the Kajang Prison. He was supposed to be charged today.
The 64-year-old murder suspect was tested positive of Covid-19 yesterday at the Kajang Prison. He was supposed to be charged today. Suspek warga emas berusia 64 tahun yang sepatutnya menghadapi pertuduhan membunuh ditangguhkan selepas disahkan positif Covid-18 semalam di Penjara Kajang.

PETALING JAYA – Suspek lelaki yang ditangkap polis berkaitan kes kematian seorang pekerja kedai perabot tidak dapat didakwa hari ini gara-gara didapati positif Covid-19.

Suspek berusia 64 tahun sebelum itu menjalani ujian saringan sebelum dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya dekat sini untuk menghadapi pendakwaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, suspek sepatutnya didakwa di Mahkamah Majistret pagi ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Namun sebelum persiapan dibuat di penjara Kajang untuk membawa suspek kepada pendakwaan di Mahkamah Petaling Jaya, dia telah dilibatkan dalam ujian saringan Covid-19 sebelum disahkan positif semalam.

“Oleh demikian suspek akan dikuarantin selama 10 hari di penjara berkenaan sehingga 5 November ini dan apabila habis tempoh kuarantin nanti akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 8 November nanti untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dalam kejadian pada 10 Oktober lalu, polis berjaya menahan seramai 11 individu termasuk seorang wanita disyaki terlibat dalam insiden kematian seorang lelaki yang merupakan pekerja kedai perabot dengan kesan tetakan disyaki dibunuh di bilik sewa rumah papan di Taman Serdang Utama, Kampung Baru Seri Kembangan.

Dua daripada 11 suspek yang ditahan untuk siasatan kes berkenaan merupakan warga asing dan mereka direman untuk membantu polis melengkapkan kertas siastan bagi tindakan lanjut.

Dalam kejadian 6 petang 9 Oktober 2021 itu polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang perempuan tempatan sebelum memaklumkan seorang lelaki tempatan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa disyaki meninggal dunia di sebua bilik rumah Papan di Jalan Kuyuh, Taman Serdang Utama.

“Si mati dijumpai terbaring dan ada kesan darah pada kepala dan badan di sebuah bilik kecil bersebelahan bilik tidurnya selain polis menemui beberapa kesan tetakan pada kepala, rusuk kanan, belakang badan, dan kedua-dua belah lengan simati,” katanya.-MalaysiaGazette