Makluman yang dikeluarkan MET Malaysia.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di dua lokasi di Sabah, esok.

Ujian berkenaan akan dilaksanakan di Masjid Raudhatul Ilmiyyah, Papar dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Manakala pengujian di Masjid Puncak Taqwa, Kinarut akan dijalankan dari jam 2 petang hingga 4 petang.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan sekitar kedua-dua lokasi dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan kerana ia merupakan ujian semata-mata.

Tambahnya, MET Malaysia turut memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan makluman sekiranya terdapat sebarang pindaan terhadap jadual pengujian berkenaan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here