Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR – Kerajaan harus melonggarkan syarat-syarat dan birokrasi khususnya dalam pembiayaan perusahaan mikro, kecil, sederhana (PMKS) dari institusi kewangan pembangunan (DFI) dan dari agensi kerajaan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, ini penting agar banyak PMKS akan mendapat manfaat lebih segera.

“Bajet 2022 yang dibentangkan semalam dilihat sebagai indikator utama kepada masalah ekonomi iaitu ramai dalam kalangan rakyat yang menganggur dan banyak usahawan dan syarikat sederhana yang tiada aliran tunai.

“Ada banyak yang diberi fokus terhadap peluang pekerjaan dan pembiayaan PMKS,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri berkata, atas kertas, komitmen yang tertera dalam bajet kali ini memberi harapan kepada dua masalah ini.

“Ia akhirnya akan dapat ditangani dengan lebih baik daripada sebelumnya, terutama dengan ekonomi sudah dibuka. Bagi menterjemahkan inisiatif atas kertas, bantuan untuk belia dan mahasiswa juga dialu-alukan terutamanya pemberian peranti percuma kepada lebih 600,000 mahasiswa B40,” jelasnya lagi.

Semalam, menerusi pembentangan Bajet 2020, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebanyak RM40 bilion diperuntukkan untuk geran, jaminan dan ekuiti kepada semua perniagaan daripada PMKS hingga syarikat senaraian awam akan terus menyokong pemulihan industri dan sektor berikutan ekonomi telah dibuka semula. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast