KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini, hari ini.
Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh sebelum ini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu.
Beliau kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan Normah untuk rawatan lanjut pada minggu lalu.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu salah satu parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Masing, 72, adalah ahli politik veteran Sarawak yang mewakili DUN Baleh selama lapan penggal sejak 1983. – MalaysiaGazette