Petugas Unit Forensik melakukan kerja-kerja mengurus mayat yang kini ditempatkan dalam kontena khas selepas peti beku sedia ada telah penuh berikutan peningkat kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021 - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bilangan kematian harian akibat jangkitan Covid-19 semakin menurun, apabila hanya merekodkan 36 kes semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kematian berlaku di luar hospital (BID), menurut  data COVIDNOW.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat semalam adalah 28,912 kes.

Sarawak masih kekal menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah kematian harian iaitu 12 kes.

Diikuti dengan Penang (5), Terengganu (4), Kedah (3), Johor (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Sabah (2), Kuala Lumpur (2), Perak (1) dan Selangor (1).

Manakala sebanyak lima buah negeri tidak mencatatkan kematian iaitu Melaka, Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Semalam, sebanyak 6,127 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 dilaporkan sekali lagi mengatasi angka kes harian baharu yang direkodkan sebanyak 4,979 kes.-MalaysiaGazette