Hawa Osman, ibu kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak henti-henti berdoa agar kematian anaknya pada 2017 mendapat pembelaan.
Selain membuat solat hajat pada malam tadi, Hawa berkata beliau turut membacakan yasin dan berdoa sepanjang perjalanan dari Johor ke Kompleks Mahkamah pada pagi ini, agar urusan pengumuman keputusan hari ini dipermudahkan.