Othman (kanan) menyampaikan bayaran Faedah Pengurusan Mayat kepada Norazmie ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat, Jalan Balik Pulau di sini, hari ini.

BALIK PULAU – “Saya tak sangka arwah isteri ada pencen penakat memandangkan sudah hampir 12 tahun dia sudah tidak bekerja.”

Itu kata Norazmie Abdul Rahim, 43, suami kepada Suhaila Zainol Abidin yang meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta ketika membantu mangsa kemalangan di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas pada Sabtu lalu.

Norazmie.

ARTIKEL BERKAITAN

Wanita mahu bantu mangsa kemalangan maut dirempuh kereta

Mengimbas semula, dia yang bekerja sebagai mekanik motosikal terkejut apabila menerima panggilan daripada Pegawai Skuad Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang memaklumkan berhubung kelayakan menerima pencen penakat.

“Saya tak tahu kami (dia dan dua anak) layak menerima faedah Perkeso memandangkan kali terakhir awah isteri mencarum dengan Perkeso pada tahun 2009,” katanya.

“Menurutnya, dengan pencen penakat ini, sudah pasti memberi kelegaan kepadanya yang ada dua anak perlu ditanggung, iaitu Nor Muhammad Afiq, 15, dan Nor Muhaini Afiqa Husna, 9, yang masih belajar.

“Selain itu, pencen penakat ini juga akan menjadikan ‘sumbangan’ Suhaila kepada anak-anak tetap berterusan meskipun dia sudah tiada lagi,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Perkeso Pulau Pinang, Othman Mohd Nordin menyampaikan bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM2,000 kepada Norazmie di rumahnya di Simpang Empat, Jalan Balik Pulau di sini hari ini.

Othman menyantuni anak-anak arwah Suhaila ketika ditemui hari ini.

Hadir sama, Pengurus Perkeso George Town, Rafidah Abdul Rahim serta wakil Skuad Prihatin Perkeso.

Sementara itu, Othman berkata, melalui Skuad Prihatin Perkeso Negeri, pihaknya bertindak mengesan waris mangsa sebaik mendapat maklumat hasil laporan media.

“Hasil semakan kami mendapati caruman majikan terakhir arwah pada tahun 2009.

Othman.

“Walaupun sebelum kematiannya, arwah bekerja tidak bekerja sekali gus membuatkan dia tidak lagi mencarum dengan Perkeso, hasil caruman terdahulu melayakkan warisnya menerima pencen penakat.

“Suami arwah layak dapat pencen penakat seumur hidup manakala anak-anak layak menerima bayaran pencen berkenaan sehingga mereka berusia 21 tahun atau sehingga mendapat ijazah pertama,” katanya.

Mengulas lanjut,  Othman berkata, masih ramai rakyat dalam negara ini tidak tahu mereka layak menerima faedah daripada Perkeso walaupun sudah lama tidak mencarum.

“Orang ramai boleh datang ke pejabat Perkeso  berhampiran untuk membuat semakan agar kita dapat bantu ringan beban mereka dengan memberikan faedah Perkeso sekiranya layak,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast