Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,047 kes baharu membabitkan varian Delta iaitu varian membimbangkan (VOC) dikesan sejak 29 Oktober lalu hingga hari ini.

Pertambahan ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan termasuk dijangkiti SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian yang mendapat perhatian (VOI) sebanyak 3,692 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,672 kes yang dikesan adalah VOC manakala sebanyak 20 kes  VOI.

”Secara keseluruhan, kes VOC kini ialah 3,432 kes varian Delta; 226 kes varian Beta dan
14 kes varian Alpha,” katanya.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.

Menurut beliau, varian-varian kes jangkitan Covid-19 ini dikesan IHCM-UNIMAS, UMBI-UKM, iPROMISE-UiTM dan MGI. – MalaysiaGazette