Bangunan OPEC di Vienna. foto Reuters

LONDON – OPEC dan sekutu-sekutunya mungkin mengekalkan rancangannya untuk meningkatkan pengeluaran minyak sebanyak 400,000 tong sehari hari Khamis.

Pengeluar utama OPEC. Arab Saudi telah menolak gesaan agar lebih banyak bekalan minyak daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.

Kuwait dan Iraq juga menyokong rancangan semasa.

Sumber OPEC+ berkata. Amerika Syarikat mempunyai banyak kapasiti untuk meningkatkan pengeluaran sendiri jika ia mahu membantu dunia mempercepatkan pemulihan ekonomi.

Harga minyak telah melonjak ke paras tertinggi tiga tahun pada tahun ini melebihi AS$86 setong apabila OPEC+ meningkatkan bekalan secara beransur-ansur dan permintaan pulih.

Tetapi pengeluar bimbang dengan tindakan terlalu pantas kerana dunia masih lagi mengharungi pandemik Covid-19.

“Walaupun tekanan daripada pengguna, saya fikir keputusan mesyuarat OPEC+ pada 4 November berkemungkinan besar adalah peningkatan yang sama sebanyak 400,000 tong sehari,” kata sumber OPEC, sambil menambah penyokong peningkatan pengeluaran adalah dalam kalangan minoriti.

Mesyuarat secara maya pada Khamis bermula dengan pertemuan Jawatankuasa Pemantauan Bersama Menteri, diikuti dengan mesyuarat membuat keputusan oleh semua menteri OPEC+ yang dijadualkan pada 1400 GMT, kata sumber lain. – Reuters