Oh Tong Keong

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang mendakwa Kerajaan DAP gagal mengurus dan mentadbir Pulau Pinang, sebaliknya hanya bergantung kepada penjualan tanah untuk menjana pendapatan.

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, kegagalan DAP terbukti apabila Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) yang dahulunya gah dengan membangunkan sembilan taman perindustrian kini berdepan krisis kewangan.

Jelas Tong Keong, terdapat dakwaan mengatakan PDC berhutang kepada CIMB Bank sebanyak RM513 juta manakala dengan kerajaan negeri Pulau Pinang sebanyak RM401.29 juta dan ini sekali gus menyebabkan orang ramai meragui pengoperasian PDC.

“Dalam satu sidang media baru-baru ini, Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui sumbangan PDC dalam membangunkan negeri ini ketika zaman pemerintahan Parti Gerakan dalam tempoh 50 tahun yang lalu.

“Namun, prestasi PDC telah menurun sejak zaman pemerintahan DAP di mana PDC kini sering menjual tanah Pulau Pinang.

“Krisis kewangan hingga memerlukan PDC membuat pinjam bank telah menyebabkan ramai yang tertanya-tanya apa yang telah terjadi kepada PDC yang dulunya banyak membina rumah kos rendah untuk rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Tong Keong menggesa kerajaan negeri untuk membaik pulih masalah pengoperasian PDC secepat mungkin agar syarikat GLC itu dapat diselamatkan.

“Sekiranya DAP berdepan dengan isu pengurusan dan pentadbiran, mereka harus dengan rendah diri meminta tunjuk ajar daripada pakar-pakar di bidang tertentu, untuk mengelakkan kepentingan rakyat terkikis,” jelas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast