Shahir Adnan
Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Calon-calon wakil rakyat yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diminta memahami aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan kembali stabil.

Rakyat tidak mahu lagi berlaku kepincangan politik agar pihak pentadbir dapat menguruskan negeri dengan baik hingga masalah ekonomi dapat diselesaikan.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, rakyat mahukan calon yang berintegriti.

Menurutnya, calon-calon berintegriti adalah aset kepada rakyat agar mereka tidak melompat-lompat dek kerana habuan politik

Katanya, PRN Melaka yang menyaksikan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan situasi tersurat dan tersirat.

Secara tersuratnya, Muafakat Nasional (MN) kini ada sejarah silam retorik perkongsian kuasa tatkala menjadi pembangkang.

MN tidak pernah didaftarkan, maka ianya bukanlah entiti parti politik seperti Perikatan Nasional atau Barisan Nasional.

Secara tersuratnya, BN yakin untuk berhadapan dengan PN dan PH di negeri Melaka, yang diyakini kubu kuat mereka.

Selain itu, parti-parti politik mula mengetengahkan pemimpin-pemimpin muda sebagai calon yang lebih segar dan tiada political baggage (beban politik).

Secara tersirat juga, politik tanah air kekal dinamik kerana pengkongsian kuasa di peringkat Persekutuan antara PN dan BN tidak terjejas dengan pilihan raya peringkat negeri

Ahli-ahli politik kekal berebut kuasa tanpa memikirkan nasib rakyat kerana jika mereka memikirkan nasib rakyat, tidak akan berlaku perebutan kuasa dan lompat-melompat seperti keadaan di Melaka dan Sabah.

Namun, kata Shahir, kemelut politik tidak akan berakhir hingga undang-undang anti lompat parti dilaksanakan. – MalaysiaGazette