Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) berpandangan langah Pakatan Harapan (PH) yang mencalonkan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang melompat disifatkan sebagai strategi politik semata-mata.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata parti itu mendakwa bahawa terdapat janji yang telah diberikan oleh gabungan itu kepada kedua-dua calon yang kini bertanding di bawah tiket PH.