Noor Hisham Abdullah Sarawak state election Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Meskipun indikator utama kes Covid-19 dalam negara menunjukkan penurunan namun ia tidak kepada kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sehinga Sabtu lalu iaitu Minggu Epidemiologi (ME) ke-44 berlaku peningkatan dua peratus terhadap kes dirawat di ICU berbanding sebelumnya.

Terdahulu, beliau berkata, indikator kes baharu Covid-19 daripada 31 Oktober hingga 6 November lalu telah menurun 13.1 peratus berbanding sebelumnya.

Purata kes aktif juga menurun sebanyak 7.0.

“Daripada 70,829 kes (ME ke-43) kepada 65,573 kes (ME ke-44). Penurunan kes aktif ini dilihat konsisten sejak sembilan minggu lepas,” katanya menghuraikan analisa semasa jangkitan pandemik itu di negara ini menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, tambah Dr. Noor Hisham, kes yang memerlukan bantuan pernafasan tidak menunjukkan perubahan ketara iaitu kekal sebanyak 214 kes untuk ME ke-44.

Sementara itu kata beliau lagi, kluster menurun sebanyak 23.5 peratus sehingga Sabtu yang lalu.- MalaysiaGazette