Curtis Means dilahirkan 19 minggu lebih awal. foto BBC

ALABAMA – Seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada usia 21 minggu dan sehari dengan berat di bawah satu paun telah disahkan sebagai bayi pramatang terkecil di dunia yang hidup.

Curtis Means telah dihantar di Birmingham, Alabama, tahun lepas dengan berat hanya 420g (14.8 auns).

Rekod Dunia Guinness mengesahkan bahawa Curtis, yang kini berusia 16 bulan, mencipta rekod baharu itu.

Kehamilan jangka penuh biasanya 40 minggu, menjadikan Curtis hampir 19 minggu pramatang.

Ibunya, Michelle Butler, bersalin dan dikejarkan ke hospital pada 4 Julai 2020 ketika Amerika Syarikat meraikan sambutan Hari Kemerdekaan.

Michelle melahirkan kembar, Curtis dan C’Asya pada waktu makan tengah hari pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, C’Aysa meninggal sehari kemudian.

Dengan peluang untuk hidup kurang daripada satu peratus, Curtis berpaut pada rawatan rapi.

Curtis telah dikeluarkan dari ventilator selepas tiga bulan dan dibenarkan keluar pada April ini selepas 275 hari berada di hospital.

Ahli terapi terpaksa membantunya belajar cara bernafas dan menggunakan mulutnya untuk makan.

Ibunya, Butler dari luar bandar Eutaw, Alabama dalam kenyataan berkata: Akhirnya dapat membawa Curtis pulang”

Curtis yang mempunyai tiga adik beradik – masih memerlukan oksigen tambahan dan tiub penyusuan, tetapi doktor mengatakan dia berada dalam keadaan sihat. – BBC