Paul Pogba. Foto Kredit Instagram rasmi Paul Pogba.

LONDON – Masa depan Paul Pogba bersama Manchester United dilaporkan sudah berakhir selepas dia akan berehat selama dua bulan gara-gara mengalami kecederaan di betis kanan ketika latihan bersama skuad Perancis Isnin lalu.

Pemain yang kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan rekod perpindahan kelab bernilai £89 juta (RM498.52 juta) perlu diketepikan hingga Januari depan.

Ketika itu, dia boleh melakukan perbincangan dengan kelab lain berkaitan perpindahan pada musim panas nanti kerana kontraknya bersama United akan tamat.

Perbincangan lanjut mengenai kontrak baharu di Old Trafford pula tidak diteruskan.

Ini kerana pengurusan tertinggi United dilaporkan bosan dengan pelbagai masalah membabitkan pemain itu terutama ejennya, Mino Raiola.

Dia juga tidak akan bermain buat Red Devils dalam saingan Liga Perdana menentang Watford selepas rehat saingan antarabangsa berikutan layangan kad merah pada perlawanan bulan lalu menentang Liverpool. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast