SAO PAULO – Juara lima kali, Brazil menjadi negara Amerika Selatan pertama berjaya layak ke Piala Dunia 2022 selepas menumpaskan Colombia 1-0, awal tadi.
Lucas Paqueta muncul wira apabila gol tunggalnya pada minit ke-72 l memadai untuk membawa skuad Selecao melakar kemenangan di Quimica Arena, Sao Paulo.
Brazil mendahului kedudukan teratas kelayakan zon Amerika Selatan dengan mengutip 34 mata daripada 12 perlawanan, sembilan mata meninggalkan pencabar rapat, Argentina.
Empat pasukan terbaik layak secara automatik ke Piala Dunia 2022 di Qatar, manakala negara di tangga kelima perlu mengharungi saingan playoff.
Brazil kini melebarkan rekod 11 kemenangan berturut-turut di laman sendiri, iaitu rekod baharu Amerika Selatan.
Colombia pula bergelut di tangga kelima dengan 16 mata dan perlu bersaing dengan negara seperti Chile. – Agensi