Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) menunjukkan kebolehan menggoreng pisang ketika iring calon PN N.28 Sungai Rambai, Muhammad Jefri Safry (dua kanan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Warung Pisang Goreng D'Kubur, Sungai Rambai, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 12 NOVEMBER 2021.

JASIN – Cabaran veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad supaya parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik semula sokong terhadap kerajaan negeri Johor adalah berniat jahat.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melihat kenyataan seumpama itu tidak sepatutnya dizahirkan oleh bekas Ahli Parlimen Johor Bharu itu kerana negeri selatan tanah air itu kini dipimpin oleh oleh Menteri Besar dari UMNO.

“Itu niat jahat, Shahrir Samad saya kenal. Dia hendak supaya macam mana berlaku di Melaka, berlaku di Johor.

“Ini pemimpin UMNO, apa pemikiran dia, jangan cabar saya. Saya Presiden Bersatu dan Perikatan Nasioal hanya kerana memikirkan soal rakyat.

“Shahrir tak fikir. Dia nak cabar saya, saya boleh buat. Esok atau sekarang saya boleh tekan butang semua jatuh. Kamu nak lihat itu berlaku, saya tidak takut saya fikir yang penting adalah rakyat.,” katanya dalam sidang media di Kampung Air Panas, Jasin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Warung Pisang Goreng D’Kubur, Sungai Rambai, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 12 NOVEMBER 2021.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu diminta mengulas kenyataan Shahrir yang mencabar Bersatu supaya menarik semula sokongan mereka kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad.

Shahrir beralasan ada sebab mengapa pemimpin UMNO yang menjadi Menteri Besar di Johor sekarang dan ia “mudah” untuk dijelaskan.

“Kalau ada yang layak dalam kalangan ADUN Bersatu, tentu tidak terlepas jawatan (menteri besar) itu kepada UMNO/BN,” katanya di Facebook beliau, hari ini.

Shahrir memberikan respon itu selepas Muhyiddin mendedahkan bahawa Bersatu boleh mengambil pendirian untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Johor seperti yang berlaku di negeri Melaka, hari ini.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata beliau tidak mengambil tindakan sedemikian kerana mengutamakan kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata cabaran oleh veteran UMNO itu akan membawa padah kepada kerajaan negeri khususnya kepada rakyat Johor.

“Kalau saya buat di Johor macam Shahrir bodoh itu (cadangkan), minta maaf. Dia suruh Bersatu tarik supaya kerajaan yang dipimpinan Menteri Besar Datuk Hasni daripada UMNO itu akan jatuh, bijak ke bodoh?

“Saya kenal dia lama, dia kena bersifat munasabah waktu sukar ini yang penting adalah kehidupan rakyat. Ini bukan faktor parti dan kuasa. Maaf cakap Shahrir sudah hilang ‘daring’ dia sudah tidak releven, dia lebih pentingkan kuasa. Dia hilang kerusi pada PRU lepas, dia macma rasa marah dia kalah.

“Kalau kita nak balas, kita boleh buat. Tapi saya tak hendak buat, saya kesian dengan orang Melaka. Saya nak buat pula di Johor, bodohlah saya. Jangan cabar saya, nak cabar kita tunggu PRU tengok siapa menang,” katanya lagi – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.