Seorang petugas kesihatan memberi rawatan kepada pesakit Covid-19 di ICU Hospital Kuala Lumpur. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 55 kematian diakibatkan pandemik Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Daripada jumlah terkini berkenaan, 11 daripadanya merupakan kematian di luar hospital (BID).

Menurut COVIDNOW daripada laman sesawang rasminya, jumlah keseluruhan kematian dalam negara ini kini adalah 2,446,197.

Sarawak kembali mencatat negeri tertinggi merekodkan kematian iaitu 22.

Diikuti dengan Kelantan (5), Perak (5), Sabah (5), Selangor (5), Kedah (4), Terengganu (4), Malacca (2), Johor (1), Pahang (1) adan Kuala Lumpur (1).

Lima negeri lain pula iaitu Negeri Sembilan, Perlis, Penang, Labuan dan Putrajaya tidak ada kematian baharu.

Selain itu, sebanyak 65,319 kes aktif semalam yang mana 77.9 peratus daripadanya dikuarantin di rumah, 12.5 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), 8.8 peratus di hospital.

Untuk rekod, semalam sebanyak 5,782 kes positif baharu dilaporkan manakala 4,712 pula yang telah sembuh.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast