Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar anti-party hopping bill Parliament Dewan Rakyat amendment federal constitution
Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

KUALA LUMPUR – Memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan Pasukan Petugas Khas untuk menyemak semula undang-undang berkenaan kes tuntutan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Ia termasuklah, terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pembentangan memorandum berkenaan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri.

Kata beliau, para Pasukan Petugas Khas akan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan sebagaimana keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021.

Terdahulu beliau mengumumkan keahlian Pasukan Petugas Khas yang diketuai oleh mantan Peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi dibantu oleh Wan Nuzul Wan Mansor sebagai Setiausaha.

Ahli-ahli lain adalah peguam yang telah mengendalikan kes ini sejak tahun 2016 iaitu Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek.

Selain itu pengamal undang-undang Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu dan Datuk Tengku Ahmad Fuad Ahmad Burhanuddin termasuk mantan Duta Besar Malaysia ke The Hague Datuk Ahmad Nazri Yusof.

“Wakil Kementerian Luar Negeri; wakil Jabatan Peguam Negara; wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan wakil Kerajaan Negeri Johor,” katanya menerusi kenyataan.-MalaysiaGazette