Mahathir Mohamad Abdullah Badawi Prime Minister government gift Pak Lah
Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) adalah sebuah parti politikĀ  dan berusaha membawa orang Melayu ke tahap ekonomi yang hampir dengan bukan Melayu terutama orang Cina.

Parti itu juga akan mematuhi semua dasar liberal dan keistimewaan yang diberikan Malaysia kepada orang bukan Melayu.

Selain itu, kerajaan yang didominasi juga Pejuang akan menjunjung prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang serta akan menolak dan mengharamkan semua jenis salah guna kuasa dan rasuah oleh kerajaan dan pentadbiran.

Ia juga akan mengamalkan tadbir urus yang baik dengan objektif menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2030 atau lebih awal.

”Ini ikrar kami. Menyokong Pejuang adalah menyokong Malaysia dan rakyat Malaysia. Walaupun orang Melayu boleh berharap untuk mengejar, yang lain tidak akan kehilangan tempat dan peluang mereka,” kata bekas perdana menteri itu menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sejak merdeka Malaysia telah diperintah oleh kerajaan berbilang kaum tetapi kebanyakannya Melayu.

Orang Melayu menjadi tulang belakang kerajaan semata-mata kerana orang Melayu merupakan majoriti rakyat negara ini tetapi kerajaan-kerajaan yang dikuasai Melayu telah memberikan hak-hak tertentu kepada bukan Melayu yang tidak dibenarkan oleh negara-negara berbilang kaum lain.

Oleh itu kaum-kaum lain turut dibenarkan untuk mengekalkan identiti mereka dengan negara asal mereka, bahasa dan budaya mereka, sekolah mereka, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi awam mereka, dewan perniagaan mereka, persatuan, dewan perhimpunan, pasukan sukan dan kelab dan lain-lain lagi.

”Tiada keperluan untuk berasimilasi dengan orang Melayu asli dan bumiputera lain. Bahasa rasmi adalah bahasa Melayu kecuali dalam dokumen rasmi bahasa lain boleh dituturkan dan digunakan dalam komunikasi peribadi, surat khabar, radio dan televisyen dan media alternatif.

”Dengan cara yang sama, Islam adalah agama kebangsaan (rasmi?) tetapi agama lain boleh dianuti dan diamalkan dalam mana-mana bahasa. Satu-satunya syarat ialah semua orang Melayu mesti beragama Islam. Penukaran mereka kepada agama lain adalah dilarang,” ujarnya.

Tambahnya, dalam mana-mana piawaian liberalisme Malaysia terhadap bukan Melayu tidak pernah berlaku sebelum ini dan terdapat sedikit konflik antara rakyat yang berlainan kaum.

Malah, Dr Mahathir berkata, Malaysia jauh lebih stabil dan aman daripada banyak negara berbilang kaum lain walaupun negara satu etnik di dunia. – MalaysiaGazette