Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak lapan kluster baharu berkaitann jangkitan Covid-19 yang menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 247 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh yang dicatatkan sebanyak 4,743 kes dengan jumlah kumulatif 2,466,523.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 536 kes di mana 440 kes disahkan Covid91-19 iaitu 96 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)

“Kes memerlukan bantuan pernafasan pula adalah 251 kes di mana 172 kes disahkan Covid-19 di mana 79 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Negara mencatatkan penularan jangkitan Covid-19 sehingga 12 tengah hari tadi yang semakin membimbangkan apabila merekodkan lonjakan 16.1 peratus kepada 6,288 kes berbanding 5,413 kes semalam.

Noor Hisham  berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan angka jangkitan virus berkenaan sebanyak 2,563,153 kes.

“Daripada 6,288 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 125 kes atau 2.0 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 6,163 kes atau 98.0 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya. – MalaysiaGazette