Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap selepas menziarahi rumah Ketua UMNO Telok Mas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Telok Mas, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 17 NOVEMBER 2021.

ALOR GAJAH – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Ghafar Atan yang meninggal dunia hari ini.

Beliau ditemui ketika makan tengah hari di Medan Selera Menggong di sini bersama calon PN DUN Rembia, Zamzuri Arifin.

Allahyarham Ghafar yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi, Hospital Melaka akibat Covid-19.

Beliau pada 9 November lalu telah ‘ditidurkan’ berikutan keadaan kesihatannya semakin menurun selepas disahkan positif Covid-19 sejak dua minggu lepas dan mendapat rawatan di hospital Melaka.– MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bekas ADUN Asahan meninggal dunia