Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR  – Sebanyak 6,355 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 6,380 kes semalam, susur 25 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan. Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 2,575,888 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya.

Dengan perangkaan terbaharu itu, kes harian Covid-19 melepasi 6,000 kes dua hari berturue-turut. – MalaysiaGazette