Sebanyak 4,970 kes sembuh Covid-19 direkodkan hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 terus mengatasi kes sembuh apabila sebanyak 4,970 sembuh berbanding 5,859 kes positif direkodkan pada hari ini.

Berikutan itu, jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,482,284 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkara, daripada 5,859 kes positif yang direkodkan hari ini, 19 daripadanya adalah kes import.

“Kes import 19 kes (13 warganegara; 6 bukan warganegara),” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, katanya, sebanyak 529 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 261 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Dr. Noor Hisham, terdapat satu kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini.

“Jumlah kluster yang telah tamat adalah 5,638 kluster dan kluster aktif sebanyak 240,” tambah beliau. – MalaysiaGazette