Pengundi membuang undi di kotak undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika tinjauan Malaysia Gazette di SK.Jeram, Melaka.Foto AMIRUL SHAUFIQ, 20 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Setakat jam 2 petang tadi, peratusan yang keluar mengundi meningkat kepada 50 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Proses pengundian PRN bermula pada jam 8 pagi tadi dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, di bawah kendalian 12,290 petugas pilihan raya di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang. – MalaysiaGazette