Pakatan harapan
Seorang jentera, Samat Bakhri, 59, melakukan kerja-kerja untuk pemasangan bendera parti Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tanjung Kling, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) dikatakan mengekalkan tiga kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung hari ini.

Keputusan tidak rasmi setakat jam 8.30 malam tadi, PH memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Kota Melaka dan Bandar Hilir.

Ketiga-tiga kerusi itu ditandingi DAP.

Kerusi DUN Kesidang dimenangi semula Seah Shoo Chin dan kerusi DUN Kota Laksamana turut dimenangi Low Chee Leong sementara DUN Bandar Hilir pula dimenangi muka baru, Leng Chau Yen. – MalaysiaGazette